Friday, August 26, 2011

Salam Lebaran

Ramadhan sudah pun ke penghujungnya, hanya tinggal beberapa hari sahaja sebelum kita menraikan Aidilfitri, jadi Admin juga ingin mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin" kepada semua muslimin dan muslimat, hati hati memandu dalam perjalanan ke kampung, dan sambutlah dengan kesederhanaan, ingatlah orang yang tersayang yang menantikan kepulangan kita ^_^


 

Sunday, August 21, 2011

Malam 15 - terakhir

Malam ke-15:
Semua malaikat yang memikul 'Arasy, Kursi akan bershalawat dan mendoakan supaya Allah SWT mengampuni kita.

Malam ke-16:
Allah SWT menuliskan baginya terlepas dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ke-17:
Allah SWT menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam ke-18:
Malaikat akan menyeru "Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah ridha kepada engkau dan ibu bapak engkau (baik yang masih hidup atau yang sudah wafat)".

Malam ke-19:
Allah akan meninggikan derajatnya di dalam syurga Firdaus.

Malam ke-20:
Allah SWT mengkaruniakan kepadanya pahala semua orang yang mati syahid dan orang-orang sholeh.

Malam ke-21:
Allah SWT akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang dibuat dari Nur.

Malam ke-22:
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman daripada duka cita dan kerisauan (di Padang Mahsyar).

Malam ke-23:
Allah SWT akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga yang terbuat dari Nur.

Malam ke-24:
Allah bukakan perluang 24 doa yang mustajab bagi orang yang bertarawih pada walam ini (lebih elok dikerjakan ketika sujud).

Malam ke-25:
Allah akan mengangkat siksa kubur darinya.

Malam ke-26:
Allah akan mengkaruniakan pahala 40 tahun ibadah.

Malam ke-27:
Allah akan mengkaruniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian Shiratalmustaqim seperti kilat yang menyambar.

Malam ke-28:
Allah akan menaikkan kedudukannya 1000 derajat di akhirat.

Malam ke-29:
Allah akan mengkaruniakan pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam ke-30:
Allah akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya: "Wahai hamba-Ku, makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama Salsabila, serta minumlah air dari telaga yang dikaruniakan kepada Nabi Muhammad saw yang bernama Al-Kautsar."

Thursday, August 18, 2011

Cinta

Cikgu Tanya Kehadiran Anak Muridnya

Cikgu : RINDU ?
Rindu : Hadir Cikgu
Cikgu : Benci ?
Benci : Saya !
Cikgu : KASIH ?
Murid2 : Tak Hadir Cikgu
Cikgu : SAYANG ?
Murid2 : Sakit Cikgu
Cikgu : CINTA ? CINTA mana ?
RINDU & BENCI : Cinta Pulang Cikgu
Cikgu : Kenapa ?
Serentak RINDU & BENCI Menjawab : Kerana Cinta Tak Akan Pernah Hadir Tanpa KASIH & SAYANG ;p

Sunday, August 14, 2011

Pelancong

“Seorang pelancong Australia nampak kebingungan ketika mencari sebuah restoran makanan barat di Jalan Pasir. Tak lama kemudian seorang budak kecil melintas didepannya dan tanpa fikir panjang dia cuba bertanya pada budak kecil itu dengan bahasa melayu yang kucar kacir.

“Maaf dik.. tumpang tanya.. Apa betul ini jalan Pasir?”

Budak kecil itu mengangguk sambil menjawab… “ha’ah”

Pelancong itu tidak faham perkataan ‘ha’ah’.

Namun kerana budak kecil itu mengangguk. Dia yakin bahawa jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan.. melintaslah pula seorang remaja di depannya. Lalu sekali lagi dia bertanya..

“Maaf dik.. tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini adalah jalan Pasir?”

Budak remaja itu mengangguk sambil menjawab, “Benar”

Nampaknya pelancong itu tidak juga memahami perkataan ‘benar’.

Namun kerana budak remaja itu mengangguk.. dia yakin yang jawabannya adalah betul.

Masih dalam kebingungan, mel! intaslah pula orang dewasa.. lalu pelancong itu segera bertanya

“Maaf encik.. saya tumpang tanya… Apa betul nama jalan ini Jalan Pasir?”

Orang dewasa itu mengangguk sambil menjawab, “Betul.”

Akhirnya pelancong itu merasa puas.. tapi masih kehairanan.. lalu Untuk menghapus rasa keraguannya.. dia bertanya lagi..

“Saya keliru.. Tadi saya bertanya kepada budak kecil, tapi jawabannya ‘ha’ah’.. lalu saya bertanya kepada seorang remaja muda dan jawabannya ‘benar’. akhirnya saya bertanya kepada encik dan encik menjawab ‘betul’, tapi semuanya mengangguk. Sebenarnya mana yang betul?”

“Oh, itu maksudnya sama aja.. Kalau yang menjawab ‘ha’ah’ bererti latar belakang pendidikannya sekolah rendah aje… Kalau yang menjawab ‘benar’, orang itu latar belakang pendidikannya pasti sekolah menengah.. dan kalau yang menjawab ‘betul’ itu pastinya orang itu ada sarjana,” jawab orang dewasa itu…

“Jadi.. Anda tadi menjawab ‘betul’, bererti anda seorang sarjana ya! ?” tanya Pelancong lagi..

Orang dewasa ini terus mengangguk sambil menjawab, “ha’ah”

Teka

Ni antara soalan yg albert enstein pun x leh jawab.....

korang try solve this question......

Ada 3 orang member kamcheng pegi becuti kat pulau tioman... Sampai kat sana, dia orang pun pegi laa cari resort tempat persantaian dia orang barang semalam... Riki punya riki.... last-last dapat laaa satu resort yg sewanya cuma RM30 satu malam....

Since dia orang ni member kamcheng giler..depa pakat nak sewa satu bilik je & tanpa banyak soal..masing2 keluarkan sorang RM10...kira tong-tong 3 org laaa..... So bila dapat kunci jer...depa tanpa membuang masa terus jer pegi bilik.....

Lepas depa blah pegi bilik..... minah cun kat front office tu baru teringat yg laaa ni resort dia tengah buat promotion...so satu bilik cuma RM25 je...

Minah ni pun panggil bell boy suruh pulangkan balik lagi RM5 kat mamat 3 org tu... On the way nak pulangkan duit tu..si bell boy ni tepikir yg duit belen ada RM5... Mamat tu ada 3 org... camna nak bagi duit tu sama rata kat diaorg..??? Pikir punya pikir last2 mamat ni dapat idea...dia pulangkan sorang RM1 kat mamat tu... Then belen lagi RM2... dia ambik buat beli jajan...

Maknanya....
Mamat 3 org tu cuma bayar duit hotel sorang RM9....
Total depa bayar....RM9.00 x 3 =RM27...
Mamat bell boy tu amik RM2...so total semua sekali
RM27 + RM2 =RM29

Mana pegi lagi singgit....?????????????

Facebook Binatang

Kalo binatang ada facebook… agak-agak apa status mereka…??

Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah…

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!…

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa…

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS… uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah… keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni… selongkar kitchen kabinet… sape nak ikot?

Result

hari kluar kputusan spm,ahmad pergi ke sekolah untuk mgambil result spm nyer d sebelah ptg,kerana xmau berjumpa dgn mmber2 lama dan xmau bgtau result pd mmber nyer.. setelah pulang dri sekolah ahmad pon terpikir mcm mna nk bg alasan kat mak dier apasal result nyer teruk, jd ahmad dapat 1 idea...

sampai nyer d rumah

emak ahmad: mna result ahmad,bg mak tgok

dgn muka yg selamba ahmad bg slip result nyer

emak ahmad: apasal result ko suma D,E jer... ko blaja aper kat sekolah

ahmad: ahmad blaja la kat sekolah,cuma silap ahmad sb pergi ambil result sebelah ptg jer... A,B semua da habis sb mmber2 yg g ambil result sebalah pg ambil byk sgt,smpai 10A sorang.jd ahmad yg g ambil sblah ptg nie xde la A, ada D ckit2 pon da ok,mmber ahmad yg lewat dtg dri ahmad da sumer E.....hurm..

mak ahmad: hah......

Anak & Bapak

Satu hari,sorg budak tgh rileks2 dgn bapak dia bawah pokok. Si bapak ni bekerja sebagai kontraktor manakala si anak ni bercita2 nak jadi askar. Tgh syok rileks2, si bapak bersuara,

Bapak: Oh anakku,kau tau tak menara KLCC?

Anak: Tau pak. Nape?

Bapak: Pak la yg bina menara tersebut... ( kelentong )

Anak: ( Dlm hati ) Bapak nak kelentong aku la ni.. Takpe..

A moment later, nak dier plak bersuara..,

Anak: Bapak tau Laut Mati?

Bapak: Yeup... Tau..

Anak: ( kelentong balik ) Saye la yg bunuh laut tu!

Bilik Bersalin

Kejadian ini berlaku di sebuah hospital bersalin. Terdapat 4 orang suami yang sedang
menunggu isteri masing-masing bersalin. Seketika kemudian, keluar seorang jururawat dan
menghampiri lelaki yang pertama.

Jururawat: Tahniah, anda memdapat anak kembar dua.
Suami 1: Wow… Sedang eloklah tu. Saya bekerja di Menara Berkembar, KLCC.

Dua ketika kemudian, jururawat tersebut keluar dan menghampiri lelaki yang kedua.
Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar tiga.
Suami 2: Menakjubkan kerana saya memang bekerja di TV3.

Tiga ketika kemudian, jururawat tersebut keluar lagi dan menghampiri lalaki yang ketiga.
Jururawat: Tahniah, encik mendapat kembar empat.
Suami 3:Apa? Empat? Oooo.. agaknya sebab sya bekerja di 4 season hotel kot….

Kelihatan lelaki yang keempat begitu gelisah. Lalu datang jururawat tersebut.
Jururawat: Encik.. kenapa begitu gelisah? Isteri encik pasti selamat kerana hospital ini
merupakan yang terbaik di KL.
Suami 4:Saya tidak dapat bayangkan bagaimana siksanya isteri saya?
Jururawat: Kenapa?
Suami 4: Saya bekerja di Produksi 2020…..

Pemilihan Eksekutif

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata, "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini"

Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?", tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata,"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari""Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.

"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua."KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip", jawab calon kedua."Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.

"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga."Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga."Jawapan yang terhebat setakat ni.

Bagaimana pula dengan kamu?"CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat dengan yakin sekali."Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah......... .....

"Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan... ........

Pemburu & Singa

S'org pemburu bertembung dgn seekor singa. Terperanjat, dia xsempat mengangkat senapangnya. Tiada pilihan, pemburu itu bertadah tangan dan berdoa. Ketika pemburu itu menjeling ke arah singa, dia ternampak b'hwa singa itu jga sdang berdoa.
Pemburu: “Ah leganya… singa baik rupanya. Lepaskanlah aku.”
Singa: “Ya singa yg baik selalu baca doa sebelum makan..amin

Surat Mr Bean kepada Bill Gates

Yang Dihormati En. Bill Gates,

Saya ada membeli komputer untuk kegunaan di rumah dan saya kenalpasti beberapa masalah yang mungkin Tuan terlepas pandang.

1. Di dalam sistem terdapat butang 'START' tetapi saya dapati tidak ada butang 'STOP'. Saya minta Tuan tolong periksa?

2. Saya sudah pelajari 'Microsoft Word', sekarang saya mahu pelajari 'Microsoft Sentence'. Bila Tuan akan menjualnya?

3.Di dalam komputer saya terdapat 'Microsoft Office', bagaimana dengan 'Microsoft Home' kerana saya menggunakan komputer ini di rumah?

4.Satu soalan peribadi. Nama Tuan adalah 'Gates', tetapi Tuan menjual 'Windows' kenapa tidak 'Doors'?

Saya menanti jawapan Tuan.



Sekian Terima kasih,

Mr. Bean

Kopi

Bidin melihat rakannya, Wafdi... sedang membuat kopi.. kemudian, memasukkan sebutir panadol ke dalam kopi itu..Dengan kehairanan, Bidin bertanya kpd Wafdi.,.

Bidin: kenapa masukkan panadol ke dlm kopi?

wafdi:kopi ni panas(demam)... bagi panadol.. kurg skit panas dia..

Saiful

Pada satu hri,Saiful pergi ke skulah sprti biasa

slpas itu, Cikgu yg brtugas masuk ke kelas Saiful

hndak mengajar mata pljaran math,

Soalan trsebut 1 + 1 = ?

lalu die memberi soalan trsbut,Cikgu menanya kpd Saiful,



Cikgu : Saiful, sila jawab soalan yg diberi oleh saya , Saiful, 1 + 1 brp?

Saiful : aaaaaa...,saye tak tahu la cikgu...

Cikgu : Biar btoi...ini soalan mudah la Saiful,..

Saiful : Saya tak tahu jgak....

Cikgu : tapalah...kamu balek rumah pergi tanye keluarge k ?

Saiful : baiklah cikgu.



-Lalu Saiful pon pulang ke rumah.dgn keadaan bingungg skali

slpas itu,die nak ke dapur hendak mencari maknya,

Mak Saiful sedang memasak nasik goreng,

Saiful nak tau apa soalan yg dberi dri cikgu tadi.



Saiful: hmm...Maakkk,nak tanye nie...1 + 1 berape?

Mak Saiful : Haii !! Nasikk Gorenngg !! ~ Haii Nasik Goreng !~ "(sambil menyanyi)"

Saiful : tapalah...



-Lepas itu die tnya kepada abg saiful,

abg saiful sedang menyanyi lagu black metal dgn keadaan rockkk !!



Saiful : Abangg !!!!! 1 + 1 berapeee !!!!!

Abang Saiful : Kooo Diam la Setannn !!!

Saiful : .... "(Saiful mendiam,lalu pergi dari situ)"

-tanya kepada Atok Saiful,

atok saiful suda nyanyok dan pekak,

Saiful pon tanye..



Saiful : Atok !! 1 + 1 berapeee ?!

Atok Saiful : Let''sss Gooo Babehhh !!

Saiful : okay,



-tanya kepada bapak saiful

"bpak saiful sedang menunaikan solat hajat,dan sedang berdoa"

slpas itu Saiful pon dtang..



Saiful : Bapak....1 + 1 brp?

Bapak Saiful : Allllhammmduliiilahhhh

Saiful : oh. okay2



Esok itu Saiful pergi ke skula sprti biasa

dan cikgu Saiful hendak tnya semula 1 + 1



Cikgu : Saiful, 1 + 1 brp?

Saiful : Haii !! Nasikk Gorenngg !! ~ Haii Nasik Goreng !~ "(sambil menyanyi)"

Cikgu : Saiifulllll jawab btul2 saifullll, jgn main2,

Saiful : Kauuuu Diamm laa Setannnnn !

Cikgu : Kurang hajarrr !! Saiful mari ikut saya ke pengetua !

Saiful : Lett's Gooo Babehh !!

Cikgu : Saiful !! kamu da trlampau , saya buang kamu dari skulaa trusss !

Saiful : Alllllhammmduliiilahhhhhh ~

Cikgu : berrdebahhhh punya budak



Tamat,

Sam Dol

SAM: Apa yang tak kena tu Dol?
DOL: Termos ni haa, jurujual tu kata dia boleh simpan air sejuk dan air panas. Penipu! Milo ais dengan kopi panas aku dalam ni dah jadi apa tah!

SAM: Kau nak buat apa dengan dawai penyangkut baju dalam kereta kau tu?
DOL: Manalah tau kot-kot aku tertinggal kunci dalam kerata, bolehlah aku gunakannya.....

SAM: Aku suruh kau tengokkan barang dalam rumah aku, kenapa orang boleh pecah rumah jugak?
DOL: Manalah aku sedar, aku sedang tengok TV kau.

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum, lembu tu terajang aku. Nasib baik tak mati.

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2 Ringgit

SAM: Hantu Bungkus!
DOL: Kat mana?
SAM: Kat kedai nasi campur, aku nak beli nasi dah habis. Makcik tu kata ada orang dah beli semua. Hantu betullah!

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejur tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

SAM: Macam tak caya kau dapat 200 markah dalam ujian lisan tu....
DOL: Susah apa... aku dah ambik ujian tu 20 kali.
SAM: campurkan semua markah , dapatlah 200 markah

SAM: Tadi lampu merah, kenapa kau jalan aja?
DOL: Kat kampung aku ni, biasa jer.
SAM: Ni lampu hijau, kau berhenti pulak.
DOL: Takut terlangar orang kampung aku!

DOL: Sam, aku rasa kau kena beli TV lain lah. Dah sejam aku tercari-cari channel tak dapat.
SAM: Memang aku nak beli TV pun, yang kau adjust tu , ketuhar microwave!

SAM: Kau celup lalat dalam air sirapkau Dol?
DOL: Kita kena buat cam tu kalau tak nak keracunan!
SAM: Itu kalau lalat jatuh dalam air, bukan bawa lalat dari rumah!

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah!

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena potong!

SAM: Tadi aku jumpa doktor, kena 20 ringgit.
DOL: Biasalah tu, "consulation fees".
SAM: Tapi aku jumpa dia kat bus stop!

DOL: Bini aku kata aku tak buat apa-apa kat rumah.
SAM: Betullah tu, kau bukan nak tolong dia buat kerja. Selalunya apa kau buat kat rumah?
DOL: Buat dono jer

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...


SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

SAM: Apahal kau bertenggek atas dahan tu siap pakai tie dengan briefcase?
DOL: Aku dah naik pangkat la, Sekarang aku jadi BRANCH MANAGER

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG LAGI"

Wak Radin

Pada suatu hari di suatu gerai makan, masuklah seorang berpakaian smart (panggil Ajoi jer ek..) dan minum di gerai tersebut.


Tauke warung tersebut (Wak Radin) yg boring takde pelangan lain mengajak Ajoi berbual..

Wak Radin: Apa Pekerjaan Bapak?

Lalu Ajoi itu jawab: “Ooooo saya adalah seorang Logic Thinker”.

Wak Radin pelik dan bertanya: “Logic thinker? Kerja aper tu?”

Ajoi menjawab: Susah nak terangkannya, bukan pekerjaan yg biasa, tapi saya akan beri Wak satu contoh ok?

Wak Radin: OK!

Ajoi: Ok mula-mula – Apakah Wak punya akuarium?

Wak Radin: O ya saya ada akuarium yg besar di rumah.

Ajoi: Ok kalau Wak ada akuarium, logiknya Wak ada ikan.

Wak Radin: Yup saya ada ikan macam-macam jenis.

Ajoi: Kalau Wak ada ikan, pasti Wak sayang binatang.

Wak Radin: O ya betul sekali saya sangat sayang pada binatang.

Ajoi: Kalau Wak sayang binatang, apalagi pada anak anda! Anda pasti sangat menyayangi anak anda.

Wak Radin: Betul sekali (suka) saya mencintai anak saya lebih dari ikan.

Ajoi: Inilah logiknya, jika Wak ada anak, pasti Wak ada isteri.

Wak Radin: Mestilah, saya memang ada isteri yg cantik jelita.

Ajoi: Tentu saja saya tahu karena itu semua hanya logik jer. OK sekarang pertanyaan terakhir, jika anda ada isteri dan anak, bererti anda tidak mati pucuk! Betul?

Wak Radin: 100% betul saya tidak mati pucuk.

Ajoi: Hmm begitulah lebih kurang logic thinker itu.

Wak Radin: Ooo begitu ek? Wak faham sekarang (sambil takjub).

Setelah pelangganya itu pergi, datanglah kawannya dan Wak bertanya:

Kawan: Aku tgk Wak borak bukan main rancak, citer aper?

Wak Radin: Ooo tadi saya berbual pasal kerjaya Logic Thinker.

Kawan: Apa itu Logic Thinker?

Wak Radin: Begini saya terangkan (muka konfiden giler).

Pertama-tama saya tanya dahulu, Ko ada akuarium tak?

Kawan Wak : Takde, naper?

Wak: (berkata dgn keras dan pasti) BERERTI ANDA MATI PUCUK!!!


p/s : so korang ade akuarium kat umah tak??

Kuda makan Rumput

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie Abu, kosong je?"
Murid : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Murid : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Murid : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"

Selamah

Satu hari di sebuah hospital swasta dekat-dekat dgn bandar Jerlun di Utara Tanah Melayu..

Selamah: (Dengan cemas dan tergesa-gesa) Dokter, cepat tolong adik saya nih...tadi dia tertelan 3 ekor semut...

Dokter : Owh!! tak pa...tak pa..tak perlu risau..Nanti bila semut tu mati, ok la tu...

Selamah : Tapi dokter cuba tengok adik saya nih..awat muka dia biru?

Dokter : Owh itu biasa berlaku pada budak2..awk jgn bimbang...

Selamah : Dengan perasaan lega dia pun mendukung adik beliau utk pulang sambil mengucapkan terima kasih kpd dokter dan berkata, nasib baik saya dah bagi adik saya makan racun semut awal2 tadi..mungkin jap lagi mati la semut tuh..

Dokter : APA?????

Posman

seorang posman bepusing-pusing mencari rumah pas usop...
dan akhirnya berjaya menjumpai alamat pas usop..

posman : asalamualaikum..
pas usop : walaikumsalam..
posman : penat saya cari alamat ni pakcik..!!!
pas usop : isss...kamu ni..susah-susah je...
kenapa tak pos aje tadi...!!!!!!
posman : ??????????????????

Pak Pandir

Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.

Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.

Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)

Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)

Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?

Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?

Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya “takde otak”. Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.

Telefon 2

"Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..ter​us letak tepon.salam kite
wajib jawab)

Ahmad

Ahmad seorang pekerja di sbuah syarikat...dia amik keje overtime....dalam perjalanan dier nk balik umah ngan motor buruk dia,dia trnmpak sorang pompuan nie.....nk di jadikan citer.....dier pon tanyer pompuan tu."Cik,knape nie?"pompuan tu pun ckap."kete saye nie rosak...Ahmad pun menawarkan kat pompuan tu untuk tmpang dia balik ke rumah...

Pompuan tu kata..."Eh,boleh ke nie"?Ahmad ckap.."tkpe kt umah saya ada mak ngan adik saya."Pompuan tu pun naik la motor buruk Ahmad....Tibe-Tibe...Sampai jer kat kubor Ahmad terbau busuk macam petai....Apa lagi,Ahmad pu ntrus pecut motor dia kat dpan....smpai jer kat umah dia....dia rase ringan jer...dia toleh kat blakang....."Oh Mak kau!!!!!!"pompuan tu dah hilang......

Ahmad demam sebulan..lpas dh sihat...dia nk pergi keje balik..tp ibu dia nasihat kat dia sruh benti keje....tp dia tknak plak...dia pon amik kejej overtime lagi..ala nk gaji lbih.wktu dier nk balik.....dia terserempak lagi dgan pompuan tue.....apal agi pecut lar Ahmad ngan motor buruk dia.....smpai2 kat umah trus badan die jadi panas....kesokan harinyer...pompuan tu dtg kat umah dia dan ceritakan prkara yg sbnar.."sbenarnya,hari tue mase kat kubor....sayer sendawa...saya nie plak suke makan petai...pastu tibe2 jer Abg Ahmad nie pecut motor dia smapi saya trjatuh....mendengar cite tue....mak Ahmad ketawa terbahak2........rupenya itu cite sebenornye......hahhahahahaha

Baju Cinta

Se0rang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin pada ptg jumaat . SeteLha membunyikan l0ceng , si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya yg membuka pintu tanpa seurat benangpun dibadannya .



Cucu : Saya sedang menunggu suami saya pulang dr berkerja !



Nenek : Tapi k0e telanjang ??????!!!!!!!!!!!!! marah c nenek



Cucu : Ini BAJU CINTA saya . bls c cucu



Nenek : BAJU CINTA ???????? si nenek kehairanan



Cucu : ya , suami saya menyukainya , saya juga begitu sng MEMAKAInya . Saya harap nenek dapat balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya nanti akan brasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek . Pinta c cucu perempuannya .



C nenek faham kehendak cucunya . Dalam fikirannya munkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami di petang jumaat ini . Di dlm perjalanan pulang si nenek mendapat idea . Fikirnya dgn mengikut cara cucu perempuannya , sudah tentu dia dpt mengeratkan hubungannya dgn c at0k yg sudah berumur . Sesampai d rumah , c nenek td menanggalkan smua pakainya , mandi , beredak dan memakai minyak wangi sewangi , wanginya . Kemudian c nenek td pun menunggu c at0k pulang .



Berberapa ketika c at0k td pulang , sebaik saja pintu dibuka c at0k mendapati berb0gel kat dpn pintu .



At0k : kenapa dgn k0e nye ? buang tebiat ? kata si at0k td .



Nenek : inilha BAJU CINTA bang . kata c nenek td .



At0k : BAJU CINTA ???? kalau iye p0n , ir0n lha dulu baju 2 .



KUANG3 . . . =.='

Burung

Pada suatu hari sorang suami baru pulang dari Brazil, membawa burung kakak tua yang sangatlah special..

Si isteri bertanya..pada si suami..

" Abang..buat aper beli burung tu..?! Kan mahal tu..!"

Suami menjawab..

" Ala takper..burung ni special..tengok nie.."

Suaminya mengangkat tangan kiri dan memetik jarinya..burung itu terus menyanyi lagu POP..

Si isteri sangat suka..dan menyuruh suaminya mengangkat tangan kiri plak..

Si suami..berbuat demikian dan memetik jarinya.. dan burung itu terus menyanyi lagu ROCK pula..

Si isteri pun suka dan bertanya..

" Abang, kalau kita angkat kedua-dua tangan plak camner..?"

Suaminya menjawab.." Awak cuba la buat.."

Si isteri mengangkat kedua2 tangannya dan memetik jarinya..lalu..burung itu pun berkata...

" SATU SATU LAH, BODOH..!!! "

Nyonya

Mary Sue datang ke sebuah kota besar untuk pertama kalinya. Dia check-in di sebuah hotel mewah dan seorang pelayan membawakan begnya menuju ke bilik yang Mary Sueakan menginap.
Mary Sue mengikuti langkah-langkah pelayan itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Mary Sue melihat ke sekeliling dan marah-marahkepada pelayan tersebut.
"Anak muda, aku mungkin tua dan kekampungan, tapi tidak bererti aku ini bodoh! Aku membayar mahal untuk tinggal di hotel ini tapi bilik ini bukanlah bilik yang sesuai dengan bayaran itu! Bilik ini begitu kecil, tidak ada kemudahan, tidak ada televisyen, bahkan tempat tidur pun tidak ada!"
"Nyonya, ini adalah lif" jawab pelayan tu selamber.

Kacang

Chep(Nama samaran) bagitau tunang dier Lara Croft(Juga nama samaran) teringin nak jumpa nenda Lara. Satu hari, Lara berkesempatan memperkenalkan Chep kepada nendanya. Sambil duduk menunggu, Chep mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk. Nenda Lara keluar lalu Chep bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata, "Maaflah nek, ab...is semangkuk hazelnut tu saya makan tadi." nenda Lara berkata, "Takpe, Lara memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni. Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu."...!@#$%^&*()...hampeh pny nek...wwwuuuueeerkkkk....~lala​la~

Sejuk Panas

Ada seorang pemuda ke kedai mamak dia hanya ada 70 sen semasa itu.
Pemuda : Mamak berapa harga teh panas deengan sejuk?
Mamak : Panas 70 sen sejuk RM1.20.
Pemuda :! Bagi teh panas 1.
Sampai je teh tersebut pemuda itu terus minum.
Mamak : Kenapa awak minum cepat sangat?
Pemuda : Kalau saya tunggu lama2 nanti sejuk tak fasal2 saya kena bayar RM1.20.

Monday, August 8, 2011

Malam ke-8 - 14

Malam ke-8:
Allah SWT mengkaruniakan pahala sebagaimana pahala yang dikaruniakan kepada Nabi Ibrahim a.s


Malam ke-9:
Allah SWT akan mengkaruniakan pahala dan dinaikan mutu ibadah hamba-Nya seperti Nabi Muhammad saw.

Malam ke-10:
Allah SWT mengkaruniakan kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam ke-11:
Ia meninggal dunia dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam ke-12:
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya. 

Malam ke-13:
Ia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aman sentosa dari tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam ke-14:
Para malaikat akan datang menyaksikan mereka bersholat Tarawih serta Allah SWT tidak akan menyesatkan mereka.

Sunday, August 7, 2011

Fadhilat & Kelebihan Solat Terawih

Sayyidina Ali bin Abi Thalib r.a. meriwayatkan sebuah hadist Rasulullah s.a.w sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi s.a.w tentang kelebihan sembahyang sunat tarawih pada bulan Ramadhan.

Malam ke-1:
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana baru dilahirkan.

Malam ke-2:
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan sholat Tarawih, serta dosa-dosa kedua orang tuanya.

Malam ke-3:
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan sholat tarawih itu agar meneruskan sholatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka. 


Malam ke-4:
Memperoleh pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Qur'an. 


Malam ke-5:
Allah SWT akan mengkaruniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa. 


Malam ke-6:
Allah SWT akan mengkaruniakan kepadanya pahala seumpama pahala para malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang yang mengerjakan sholat tarawih pada malam ini. 


dan tadi terawih Malam ke-7:
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s. serta menolong Nabi itu untuk menentang musuhnya Fir'aun dan Hamman.

Thursday, August 4, 2011

Bonus Ramadhan

5 Bonus Khas Ramadhan

Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu 'alaihi wa salam bersabda yang bermaksud : "Umatku diberikan lima perkara yang belum pernah diberikan kepada umat-umat terdahulu ketika ramadhan iaitu :

1. Bau mulut orang yang berpuasa itu lebih wangi daripada kasturi di sisi Allah.

2. Para Malaikat beristighfar untuk mereka sehingga mereka berbuka.

3. Allah memperindahkan syurga-Nya setiap hari dan berfirman: 'Hampir-hampir hamba-hambaKu yg soleh akan dicampakkan pelbagai kesukaran dan penderitaan lalu kembali kepadamu'. (Mereka sanggup bersusah payah di dunia demi kebahagiaan didunia dan di akhirat)

4. Syaitan-syaitan dibelenggu, tidak dibiarkan lepas seperti pada bulan-bulan selain Ramadhan.

5. Mereka mendapat keampunan pada akhir malam (orang yg beramal akan disempurnakan pahala amalan mereka setelah selesai mengerjakannya). Mengenai bonus ke-5 ini, ada sahabat bertanya kepada Baginda Sallallahu 'alaihi wa salam : "Ya, Rasullullah, apakah itu berlaku pada Lailatulqadar?" Baginda menjawap : "Bukan, tetapi pelaku kebaikkan akan disempurnakan pahalanya sesuai menyelesaikan amalannya." (HR Ahmad)

-Khair Al Medani-

Wednesday, August 3, 2011

Ulang

Cikgu:ali.cikgu ade teka teki buat kamu.
Ali:ape die ckgu?
Cikgu:pd 1 ari.c 'ulang'(name orang) duduk kat bwah pkk durian.tetiba durian jatuh.kepala siapa yang kena?
Ali:sng ja teka teki ne.jawapanya. .Ulang
cikgu:pd 1 ari.c ulang duduk kat bwh pkk durian.tetiba durian jatuh.kepala siapa yg kena?
Ali:ulang.
Cikgu:pd 1 ari.c ulang duduk kat bwh pkk durian.tetiba durian jatuh.kpala siapa yg kena?
Ali:ulang cikgu. .ulang. .
Cikgu:pd 1 ari.c ulang bla bla bla.
Ali:kan sya cakap ulang
cikgu:pd 1 ari.c ulang bla bla bla.
Ali:ulang!!ulang!!sya kate ulang!!
cikgu:pd 1 ari.bla bla bla.
Ali:ulang
cikgu:pd 1 ari.bla bla bla
ali:ulang ku kata!!ulang
cikgu :pd 1 ari.bla bla bla.
Ali:CIKGU!!!SYA CKP ULANG!!!
Cikgu:HOI. .KAMU YG BALIK2 SURUH CKGU ULANG TU KENAPA???NAK KENA!!!!!

Telefon

Telefon pertama
Penelefon (X) : Helloooo…. Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf Salah nombor..ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud…

Telefon ke -2
Penelefon (X) : Helloooo……Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

Telefon ke -3
Penelefon (X) : Helloooo….
Bibik (Y) : Eeeh..Lagi2 kamu!!.. Awas ya!! Walau saya cuma pembantu, tapi saya bisa laporin kamu ke polisi..!! (marah sangat dah ni!)
Penelefon (X) : Apakah ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud..??
Bibik (Y) : Aduuuh.. maaf2 yaaa…, tadi soalnya ada beberapa kali salah sambung. Mau cari siapa tuan.??
Penelefon (X) : Harun Salim Bachik….
Bibik (Y) : ??!!@#@$!! (sambil usap2 dada)

Telefon ke -4
Penelefon (X) : Helloooo…..
Bibik (Y) : Kurang ajaaar..!!! Kamu punya nyawanya berapa hah!!!
Penelefon (X) : Saya Syed Mahmud…..
Bibik (Y) : Aduh..!!! Maaf tuan! sorry sekali, tadi ada orang gila telpon! ada perintah apa tuan.??
Penelefon (X) : Segera panggil En Harun Salim Bachik..!!
Bibik (Y) : Hah..!…. (pengsan)

Selepas 10 minit kemudian setelah tersedar dari pengsan,

Telefon ke -5
Penelefon (Z) : Hallooooo….. (suara berbeza berbanding panggilan2 terdahulu)
Bibik (Y) : (Oh ini suaranya lain…). Mau cari siapa tuan..??
Penelefon (Z) : Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud??
Bibik (Y) : Iya betul….
Penelefon (Z) : Saya Harun Salim Bachik… , tadi ada orang cari saya???
Bibik (Y) : ??@#$%^??… (terkejang!)

Lembu dan Ayam

Suatu hari, ayam dan lembu berdiskusi tentang perihal diri masing2...



Ayam : Manusia nie memang pentingkan diri sendiri!

Lembu : Kenapa kau kata macam tu?

Ayam : Tengoklah. Apa mereka wat kat aku!

Lembu : Hah! Buat apa pulak?

Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku tyme aku dah nak mati nnti. Tapi manusia ni memang tak berhati perut. Hari2 dia makan telur aku, macam mana aku nak dapat anak?

Lembu : Alah! Kau punya masalah kecil je!

Ayam : Maksud kaw?

Lembu : Aku ni, kalau difikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari2 manusia minum susu aku tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!

Ayam :%#@^#$@!

Aminah

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan.

Lif

Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall...
Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap kat kampung... Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah bapak dia....
" Pak, itu amenda pak?"
Bapak menjawab," Entah lah nak....bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh...."

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi ke dinding dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk ke dalam lif dan lif tertutup.....tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG!!!!!
keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN...
lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah...

"NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT

Cover Malu

Cara cover malu kalau TERJATUH...Selamat m'ncube ^_^

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun,sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tubaru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuh la lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus....

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.." oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda... .

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda)untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

Bosan dalam Lif

10 Tips Utk M'gurngkan Bosan Ketika D'dlm Lif.. Selmat mencuba^_^

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya!
Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit “Diam, semuanya diam!”.

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat appoinment?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik… tik… tik…

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. “Bertenang, jangan panik, jap lagi die bukak balik!”.

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah “Oksigen cukup tak kat situ?”

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu “Ini adalah area SAYA”

Harta

Ketika aq pulang kekampung halaman... Aq bertemu dgn nenek ku yg berumur 89tahun.. Dgn rasa gembira aq mencium tangan nya dan bermula la dialog antar aq (Azman dan Nenek Tersayang )

Azman : Alhamdulilah nek, smpai juga hajat sy kemari bertemu dgn nenek"
Nenek : Syukur lah... nek pon ada hajat nk suh ko balik ni..
Azman : Apa dia hajat nenek tu?
Nenek : Kalo cucu dpt jawab... nek akan bgi aset tanah 200hektar berserta emas 2 karung kepada cucu.. tetapi dgn syarat cucu hendaklah menjawab teka teki nenek"

Lantas dgn persaan gembira aq pun berkata :

Azman : Lekas la nek apa dia soalan tu.
Nenek : Sabo la cu.. naik la kerumah dlu .. Nnti nek bgitau apa teka teki tersebut..
Azman : Baik la nek..

Pada Mlm tersebut slpas hbis mengerjakan solat isyak dgn pantas aq mendapatkan nenek...

Azman : Nek, tentang teka teki nenek apa tdi ek?
Nenek : Begini, nenek akan berikan 3 soalan.. tetapi hnya 1 jawapan kamu jawab drpda 3 soalan tersebut.. cucu boleh kan?
Azman : Insyallah nek..
Nenek : Soalan nya ialah knapa ubi kayu boleh jdi keras? Knapa gigi beruk boleh jdi sikit? Knapa pencuri boleh kna tangkap?
Azman : Hmm... Jawapan nye... tatau la nek...
Nenek : Cucu ni cbe la fikir skit... harta yg nenek nk bgi ni bkan sikit..
Azman : Baik la nek..

(Selama 3 jam aq berfikir sempat juga aq menanya kan soalan ini kpd mmber2 aq.. namun semua nya memberikan respon tidak tau sprti aq.. selepas aq mmbuat researh slma 3 jam bru lah aq mendapat jawapan nya.. tepat pada jam 7 pagi.. )
Azman : nek.. sy da dpt jawapan nya..
Nenek : apa dia?
Azman : jawapan nya ialah LAMBAT CABUT.
Nenek : ya.. betul.. itulah jawapan yg nenek fikir kan selama 50 tahun.. trimas cucu..
Azman : tapi nek.. mane dia hadiah yg nenek nk ksi tu?€
Nenek : amek ni nenekkebaya_12@yahoo.com & psword 1912nenek ... cucu pegi fesbok pstu bukak cityville.. tu la hadiahnya.. nenek da 50tahun maen mende tu >.Azman : laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa​aaaaaaaaaaaaaa jauh sy datang nek dari BRAZIL dpt ni je? - -!

Kentut

Rahsia Kentut ~ Anda kategori yg ke :

1. Orang TIDAK JUJUR
Orang yang kalau kentut lalu menyalahkan orang lain.
2. Orang BINGUNG
Orang yang menahan kentutnya sampai berjam-jam.
3. Orang BERWAWASAN 2020
Orang yang tahu masa yang terbaik untuk kentut.
4. Orang SENGSARA
Orang yang ingin kentut tapi tidak boleh kentut.
5. Orang MISTERIUS
Orang yang kalau kentut, orang lain tidak ada yang tahu.
6. Orang GUGUP
Orang yang tiba-tiba terkentut bila di sergah.
7. Orang yang PERCAYA DIRI SENDIRI
Orang yang melepaskan kentutnya dengan bunyi yang amat lantang
8. Orang SADIS
Orang yang kentut di dalam selimut ketika di ranjang terus
dikibaskan baunya.
9. Orang PEMALU
Orang yang kentut tidak bunyi tapi gusar orang terbau kentutnya.
10. Orang yang STRATEGIK
Orang yang menyembunyikan kentutnya dengan tertawa terbahak-bahak biar orang lain tidak dapat mendengar bunyi kentutnya.
11. Orang BODOH
Orang yang kalau habis kentut menghirup nafas untuk mengganti angin kentutnya yang sudah keluar.
12. Orang PELIK
Orang yang boleh mengeluarkan kentut apabila di suruh
13. Orang SOMBONG
Orang yang sering mencium kentutnya sendiri dan bercerita akan keharuman kentutnya.
14. Orang RAMAH
Orang yang tidak kisah mencium kentut orang lain
15. Orang yang tidak senang BERGAUL
Orang yang suka kentut bila berkumpul dengan teman-teman.
16. Orang AKUATIK
Orang kalau gemar dikentutnya di dalam air
17. Orang ATLETIK
Orang kalau kentut sambil mengeluarkan tenaga dalam.
18. Orang JUJUR
Orang yang mengaku kalau habis kentut
19. Orang PINTAR
Orang yang boleh menghurai kandungan bau kentut orang lain seperti bau telur atau buah durian.
20. Orang KELAKAR
Orang yang bila ketawa sambil kentut
21. Orang yang ROMANTIK
Orang yang kentut bunyinya mendayu dan berirama merdu ketika sedang berdating
22. Orang yang TIDAK SIHAT
Orang yang bila batuk dia akan terkentut
23. Orang yang PANAS BARAN
Orang yang mudah marah bila terbau kentut walaupun kentutnya sendiri
24. Orang yang PELUPA
Orang yang tertanya-tanya bila terbau kentut padahal dia sendiri yang kentut

Rahmat

Rahmat ialah saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, adakah anda sudah berkahwin?.

Sudah, Tuan. jawab Rahmat dengan suara yang tersekat-sekat.

Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin

Rahmat : Sekali sahaja.,

Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,

Rahmat : Seorang perempuan, Tuan!

Kerana panas mendengar jawapan dari Rahmat, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki? ,

Rahmat : Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.

Peguam : !@#$%^&*($#@!@#$%^ ( Jatuh Pengsan )

Bina Ayat

Situasi: Seorang cikgu mengajar di sebuah sekolah rendah di pinggir Bandar.
Tempat: Kelas 3B
Waktu: Bahasa Melayu



Cikgu: baik lah murid2, harini cikgu nak kamu semua buat ayat menggunakan ‘ kah’. Ok?
Murid2: boleh cikgu.
Maka bermula lah sesi buat ayat.
Cikgu: cikgu nak kamu semua bacekan ayat kamu..si mulakan dengan Lina.
Lina: apakah nama kamu?
Cikgu: Boleh tahan, bagus2. ali?
Ali: kakak saya akan ber kahwin minggu depan.
Cikgu: aik? Mana ‘ Kah’ awk?
Ali: KAHwin cikgu.
Cikgu: emmm..ok lah.. ( tahan benggang)..kamu pulak mamat?
Mamat: minggu depan, nenek dan atuk akn ke Mekah.
Cikgu: ni lagi sorang, mane kah awk?
Mamat: meKAH cikgu, tu pun nk kene aja..

Cikgu dha teramat la benggang. Dalam diam ade pelajar yg memerhatikan reaksi mukenye..

Cikgu: baik lah anak murid, cikgu da pening ni..kamu boleh buat kerja kamu.

Tiba2, pelajar yang memerhatikan cikgu tadi bangun dan cakap : cikgu, saya tahu mesti cikgu pening dengan ayat dorg, sy ad ayat yg leh wt cikgu rase gembire… ayat saya: KAH!KAH!KAH!KAH!

Cikgu: Agrhhhhh

Kisah Pengemis

Saya sedang berjalan keluar daripada
kolej saya ketika saya melihat seorangpengemis tua, dalam lingkungan umur 50- an, sedang duduk meminta sedekah.
Selalunya, saya hanya memberi wang
kepada mereka dan terus berlalu. Entah
kenapa, mungkin mood saya tengah baik
dan saya pun tiada rushing nak ke mana-mana. Saya lalu berbual2 dengan Pengemis tersebut.


Saya : Sudah lama mengemis, pakcik?
Pengemis : Ya...lebih kurang sudah 18 tahun , nak.
Saya : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik?
Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak
Saya : Banyak juga ya pakcik??
Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga...
Saya : Ohhhh.....keluarga pakcik ada di mana?
Pengemis : Isteri pakcik meninggal lama dah. Anak pakcik pulak semuanya ada 3 orang, tiga-tiga lelaki. Yang pertama dekat di Universiti Putra Malaysia di Serdang tu. Yang kedua dekat Universiti Malaya , dan yang ketiga dekat Universiti kebangsaan Malaysia di Bangi nunn..
Saya : Wahh..hebat- hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr..
Penegmis: (Sambil tersenyum ;-) Biasalah nak. Anak pun pandai apa, sekolah kat sini?
Saya: (Membalas senyuman..^_ ^..) Pakcik ni..So anak pakcik tu semuanya masih kuliah?
Pengemis : Tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....Diorang kata duduk mengemis dekat universiti ni banyak ckit incomnyer pasal budak2 U nie pemurah! Lagi2 kalau dekat2 exam. Setakat dua tiga ratus sari tu biasalah!
Saya : Cisss..Hampehhhhhh. ......!!!!

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم                                                                  
Rasullullah s.a.w. bersabda," Demi Tuhan yang jiwaku dalam kekuasaanNya, adalah bau mulut seseorang yang berpuasa itu adalah lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi. Allah s.w.t. berfirman (dalam hadis Qudsi : "Sesungguhnya mereka itu meninggalkan nafsu syahwat, makan dan minum kerana Ku, sesungguhnya puasa untuk Ku dan Aku yang akan memberkan balasan untuknya". -HR Bukhari dan Muslim